Search This Blog

Wednesday, August 12, 2009

13 13 13 13

Tuesday, August 11, 2009

LAHIRNYA AKU DAN SKOT 13 RMAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lahirnya ke dunia tentera pada Jul 1990. siri 13/90 . tamat perkhidmatan 23 jul 2012. amin. Berbagai rintangan telah diharungi dari mula masuk tentera (rekrut) hinggalah bergelar SNCO dan ada juga segelintir yang bernasib baik menjadi Pegawai atasan. Semuanya ku ucapkan tahniah, sengaja ku create laman ni supaya ada yang akan mengingati pada zaman permulaan ,pertengahan dan akhir perkhidmatan. Semoga Tuhan memberkati aku dan skot 13 TUDM. Amin

Dah nak pencen ada Segulung Ijazah........ From K'FORCE

Dah nak pencen ada Segulung Ijazah........ From   K'FORCE
Bachelor Of Business Administration (Hons.) ........................... Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pentadbiran Perniagaan (UNITAR)

Kenangan skot 13

Kenangan skot 13

REUNION SKOT13 SUBANG

REUNION SKOT13 SUBANG
Pic Ikhsan dari skot Leeza

Reunion Skot13 Subang

Reunion Skot13 Subang
Pic Ikhsan Skot Leeza

Reunion skot13 Subang

Reunion skot13 Subang
Ikhsan dari Skot Leeza

Ikhsan dari Skot Leeza

Ikhsan dari Skot Leeza

Ikhsan dari Skot Leeza

SIRI 13/90

SIRI 13/90
PLR TUDM IPOH

TIP NAK BERUCAP SKOT 13

Pendahuluan

Dalam sesuatu acara atau majlis pasti kita biasa mendengar ucapan daripada tuan rumah dan ucapan tamu kehormat selain ucapan pengacara majlis. Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda yang perlu menyampaikan ucapan atau anda ditugaskan untuk menulis teks ucapan untuk ketua anda atau tamu kehormat dalam majlis yang dianjur oleh organisasi tempat anda bertugas? Apakah yang perlu anda lakukan pada ketika itu? Adakah anda akan mencuba memberikan pelbagai alasan untuk menolak? Kemungkinan kali pertama, kedua atau ketiga anda berjaya melepaskan diri, tetapi kali yang seterusnya, anda mungkin akan perlu melakukannya juga. Oleh itu, apa kata jika anda bersedia dari sekarang menyiapkan diri anda untuk menulis teks ucapan yang berkesan untuk diri anda sendiri atau untuk ketua anda.
Lazimnya, terdapat banyak jenis ucapan; ada ucapan tahniah, ucapan penghargaan, ucapan politik, ucapan perpisahan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buku ini hanya berfokus kepada teks ucapan alu-aluan, teks ucapan perasmian dan teks ucapan perpisahan.


Jenis-jenis teks ucapan

Telah dinyatakan tadi bahawa buku ini hanya berfokus kepada tiga jenis teks ucapan.
Yang berikut merupakan ciri-ciri teks ucapan tersebut.


Teks ucapan alu-aluan


ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga
yang panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan.
Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.


Teks ucapan perasmian


ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang daripada teks ucapan alu-aluan.
Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang mengundang, maklumat yang berkaitan dengan majlis, perkembangan institusi yang mengundang dan harapan tetamu.


Teks ucapan perpisahan


merupakan teks ucapan yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas oleh orang yang diraikan.
Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak penganjur selalunya mengandungi ucapan terima kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada orang yang diraikan.
Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.
Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke rumah.


Isi kandungan buku sepintas lalu

Buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan tentang cara menulis teks ucapan dan contoh teks ucapan. Terdapat lima bab dalam buku ini, iaitu:
Bab 1 – Penulis teks ucapan
Bab 2 – Panduan asas penulisan
Bab 3 – Senarai panggilan hormat dan pantang larang dalam teks ucapan
Bab 4 – Pincang bahasa, pincanglah teks ucapan
Bab 5 – Koleksi contoh teks ucapan


Bab 1 memperkenalkan penulis teks ucapan dan kriteria yang ada pada penulis teks ucapan.

Dalam Bab 2, diberikan panduan asas penulisan teks ucapan termasuk cara menyediakan teks ucapan dan isi kandungan teks ucapan. Dalam bahagian ini juga diterangkan serba ringkas tentang format penulisan teks ucapan secara umum.

Dalam Bab 3, diberikan senarai panggilan hormat dan pantang larang dalam teks ucapan. Bahagian ini dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Senarai panggilan hormat tamu kehormat
2. Senarai panggilan hormat audiens
3. Pantang larang dalam teks ucapan

Bab 4 pula menyentuh tentang kesalahan bahasa yang perlu dielakkan dalam teks ucapan agar teks yang disediakan tidak pincang. Kesalahan bahasa yang disentuh melibatkan kesalahan bahasa yang lazim dilakukan semasa bercakap dan menulis.

Akhir sekali, dalam Bab 5, dimuatkan 16 contoh teks ucapan yang berfokus kepada teks ucapan alu-aluan, teks ucapan perasmian pelbagai majlis dan teks ucapan perpisahan untuk bacaan dan rujukan anda. Hal ini bertujuan untuk membantu anda menyediakan dan menulis teks ucapan dengan baik dan berkesan.

Di samping itu, cadangan majlis lain yang bersesuaian dengan setiap contoh teks ucapan turut diberikan.


Petikan dari Bab 2: Panduan Asas Penulisan

Kita sering terpegun dan tertawan apabila mendengar ucapan daripada tetamu atau tokoh-tokoh tertentu. Tahukah kita bahawa ada antara teks yang kita dengar dalam majlis-majlis tertentu bukan ditulis sendiri oleh penyampai ucapan tetapi ditulis oleh orang lain? Soalnya, siapakah yang menulis teks ucapan tersebut?
Anda telah pun mengenali penulis teks ucapan. Kini, tiba masa untuk anda mengetahui cara penulisan teks ucapan.
Teks ucapan yang menarik dan berkesan bukan sesuatu yang mudah untuk dihasilkan tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil untuk dilakukan jika setiap daripada kita mengetahui cara menghasilkan dan menulis teks ucapan yang menarik dan berkesan. Sebenarnya, tidak banyak daripada kita mengetahui cara menghasilkan teks ucapan yang baik dan berkesan. Oleh itu, marilah kita mempelajari cara penulisan teks ucapan yang betul dan mudah.


Prapersediaan dalam menyediakan teks ucapan

Sebagai penulis teks ucapan, anda harus mengetahui beberapa perkara sebelum menyediakan teks ucapan. Perkara yang perlu anda ketahui ialah:

i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?
Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu mengetahui orang yang akan membaca teks tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis mesti selari dengan jawatan, perawakan dan latar belakang pendidikan orang tersebut.

ii. Siapakah audiens yang mendengar ucapan tersebut?
Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis teks ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahap pengetahuan audiens. Jika teks yang ditulis untuk disampaikan kepada audiens yang dalam golongan pelajar sekolah menengah, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks yang ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang akan mendengar ucapan tersebut.

iii. Siapakah tetamu yang akan hadir?
Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikut peringkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur. Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis teks ucapan dapat menyusun bahagian kata alu-aluan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapat memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan hormatnya.

iv. Apakah tujuan majlis tersebut?
Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis teks ucapan. Tujuan majlis penting dalam penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan terutamanya perlu menyentuh tujuan majlis tersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks ucapan tidak mengetahui tujuan majlis diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan yang ditulis.

v. Berapa lamakah ucapan tersebut perlu berlangsung?
Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang diperuntukkan oleh penganjur. Teks ucapan yang baik ialah teks ucapan yang dapat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapan yang diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang diperuntukkan selama lima minit untuk tamu kehormat menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yang ditaip dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan dua baris.

vi. Apakah bahan atau maklumat yang perlu dicari?
Bahan atau maklumat yang perlu dicari bergantung pada majlis. Jika majlis yang akan dilangsungkan berkaitan dengan sambutan kemerdekaan, maka bahan atau maklumat yang perlu dicari mestilah berkaitan dengan kemerdekaan atau semangat patriotisme.

From 717041 Flait Sarjan Shamsul Anuar bin Mohd Noor (HONS)
( Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pengurusan Perniagaan)

Pic takeby Kapt Rosli VESPA...masih ingat ka beliau...

Pic takeby Kapt Rosli VESPA...masih ingat ka beliau...

tyson+bonzer+saiful

tyson+bonzer+saiful

Lagi Tip Panduan asas penulisan teks ucapan skot 13.

Salam Skot 13.....
Ikut petua ni skot..

Dalam apa-apa juga penulisan, pasti ada cara dan formatnya. Begitulah juga dengan teks ucapan. Teks ucapan mempunyai formatnya yang tersendiri. Anda telah mengetahui bahawa kandungan teks ucapan terdiri daripada empat bahagian, iaitu:

1. Kata alu-aluan
2. Pendahuluan
3. Isi-isi
4. Penutup

Dalam menghuraikan panduan penulisan ini, saya akan menerangkannya mengikut bahagian teks ucapan.

1. Kata alu-aluan

Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mestilah mengikut protokol. Bahagian ini selalunya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis dan kemudiannya tamu kehormat barulah diikuti senarai nama yang lain. Panggilan hormat bagi tamu kehormat bergantung pada gelaran atau pangkat individu tersebut. Jika tamu kehormat merupakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Amat Berhormat. Namun, jika tamu kehormat merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan atau berpangkat, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Berbahagia. Begitu juga sekiranya majlis yang diadakan bertujuan meraikan pegawai bawahan, maka panggilan hormat yang digunakan ialah Yang Diraikan. Senarai panggilan hormat yang lain akan dibicarakan dengan lebih mendalam dalam Bab 3 buku ini.


2. Pendahuluan

Terdapat pelbagai cara untuk memulakan ucapan. Ucapan bukan sahaja boleh dimulakan dengan rasa kesyukuran, tetapi juga boleh dimulakan dengan imbasan pengalaman, kisah berunsur ringan, latar belakang sesebuah institusi dan pantun.


i. Pendahuluan dengan rasa kesyukuran

Banyak antara kita memulakan ucapan dengan memanjatkan rasa kesyukuran terhadap limpah kurnia Ilahi. Sebagai contohnya;
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada malam ini bagi menjayakan program Makan Malam Negeri sempena Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.


ii. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman

Pendahuluan dengan imbasan pengalaman selalunya dibuat oleh seseorang tokoh berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman ini sebenarnya dapat mendekatkan diri seseorang dengan khalayak. Sebagai contohnya;
Apabila saya masuk ke dalam dewan ini dan melihat cikgu-cikgu, saya teringat pada zaman saya berkhidmat sebagai guru kira-kira 30 tahun yang lalu. Saya mula berkhidmat di SMK (P) Jalan Bunga. Pada ketika itu, saya diminta mengajarkan Sains sedangkan opsyen saya ialah Bahasa Malaysia. Namun, hal itu tidak melunturkan semangat saya. Saya sahut cabaran tersebut. Pada tahun pertama, saya memang macam budak baharu belajar, tetapi cabaran ini menjadikan saya lebih berusaha menjadi seorang guru.


iii. Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan

Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan pastinya amat menarik jika digunakan. Pendahuluan ini sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian khalayak agar mendengar ucapan yang akan disampaikan. Sebagai contohnya;

Saya berasa serba salah untuk berucap di hadapan ini kerana pada pagi ini, salah seorang tetamu kita merupakan pakar dalam bidang penampilan. Dari pagi tadi, saya membelek diri saya di hadapan cermin dan bertanya-tanya pada diri sendiri sama ada tudung yang saya pakai pada pagi ini sesuai atau tidak dengan baju yang saya kenakan. Takut juga saya ketika ini beliau sedang menilai penampilan saya di hadapan ini.


iv. Pendahuluan dengan latar belakang

Pendahuluan berbentuk latar belakang merupakan pendahuluan yang kerap digunakan apabila menulis teks ucapan bagi majlis perasmian bangunan, institusi dan pertubuhan, dan majlis perpisahan.

Sebagai contohnya;

Kepada tetamu yang pertama kali menjejakkan kaki di Sekolah Perintis, selamat datang saya ucapkan. Untuk makluman semua, Sekolah Perintis ditubuhkan pada tahun 2000 yang pada mulanya hanya mempunyai 120 orang murid dan 12 orang guru. Pada ketika itu, Sekolah Perintis hanya mempunyai sebuah blok pentadbiran dan sebuah blok bilik darjah. Kelengkapan untuk proses pengajaran dan pembelajar-an juga tidak seberapa lengkap. Dalam keadaan yang serba terhad ini, Sekolah Perintis mula beroperasi untuk mendidik anak bangsa.


v. Pendahuluan dengan pantun

Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang boleh digunakan untuk memulakan sesuatu ucapan. Pantun yang biasa digunakan ialah pantun empat kerat. Sebagai contohnya;

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismilah pembuka bicara.

zaman remaja...handsome masa tu...

zaman remaja...handsome masa tu...
Kat Genting Highland...

MARUAH ISLAM PERLU DIPERTAHANKAN

Umat Islam hari ini tidak begitu serius dalam membina maruah diri selaku seorang Islam.Pun tidak serius dalam menjaganya.Bahkan lebih dasyat daripada itu ada umat yang rasa malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar benar beriman, mengamalkan hukum hukum yang wajib dan sunat, dan malu untuk berakhlak sebagai seorang Islam.Mereka takut untuk dituduh kolot, ketinggalan zaman dan jumud, sekiranya mereka benar benar mengamalkan Islam.

Mereka turut membenarkan fitnah fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu akan jadi jumud dan ketinggalam zaman. Mereka tidak yakin bahawa dengan Islamlah, umat Islam akan benar benar menjadi maju dan berjaya di dunia dan akhirat.Mereka tidak faham bahawa tamadun Islam yang agung yang telah pernah menggemparkan dunia satu masa dulu adalah dibina atas dasar Iman, Islam dan Akhlak. Itulah yang di ajar olih Allah dan Rasul.Dan itulah juga yang di katakan maruah tadi.Mereka tidak sedar bahawa umat Islam pada abad ini sebenarnya merempat dan terhina di bumi sendiri.Hatta makanan yang di suap kemulut pun bukan bikinan sendiri, terpaksa menadah tangan pada hasil buatan orang kafir.Pakaian yang di gayakan sebagai ciri kemodenan itu pun di ambil dari kilang orang kafir.Demikianlah juga halnya dalam apa jua aspek hidup, umat Islam bersandar pada ciptaan dan hasil usaha orang bukan Islam. Umat Islam tidak ada identiti sendiri. Umat Islam tidak ada maruah sendiri.Mana dia kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan itu hingga kerana itu tergamak menggadai maruah agama.

Umat Islam hari ini kerana inginkan pujian, pengaruh, pangkat, harta, wang ringgit dan kuasa telah menggadai maruah selaku umat Islam. Mereka kebelakangkan iman dan hukum hukum Allah semata mata kerana memburu apa mereka istilahkan kemajuan tadi.Mereka kira dengan cara itu mereka lebih terhormat, mulia dan terpuji.Mereka menjual sesuatu yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya.Mereka lupakan Allah dan Rasul kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil, kemuliaan dan kebahagiaan yang di cari makin hilang. Umat Islam makin tidak dipedulikan oleh dunia, malah tiada harga.Ada macam tidak ada.Yang ada tinggal nama, sedangkan kemuliaan , keagungan, dan kegemilangan Islam dan Umat Islam telah terlucut daripada manusia manusia bernama
Islam!

"Kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini bukan sahaja disebabkan karenah musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam sudah meremeh remehkan persoalan Iman, Syariat dan Akhlak ia itu tunggak maruah dalam Islam.Jika Iman kuat, Syariat kemas dan Akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjdai tuan di dunia sebelum menjadi tuan di Akhirat".

kenangan

kenangan

TIP SELEPAS KEMALANGAN SKOT 13

*“Selepas Kemalangan dan ketika
membuat tuntutan”*

1. *Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful. *
Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan
syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta
kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan
urusan selalunya melalui pihak bengkel.
Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi
mengelakkan manipulasi oleh bengkel.

2. *Dapatkan bengkel yang terbaik. *
Ini adalah peringkat yang sedikit “*tricky*”, kerana ia tidak akan
diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan di
sini.
Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan
berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang
terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi
gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.
Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh.
Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan
maklumat ini.

3. *Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses

tuntutan,*seperti;

1. Laporan polis
2. Kad pengenalan pemandu
3. Lesen pemandu
4. Kad pendaftaran kenderaan
5. Cukai jalan
4. *Isikan borang tuntutan dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak
takaful.*
Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel.
Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi
mengelakkan manipulasi oleh bengkel.

5. Bagi tuntutan melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus
berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama
sewajarnya.

6. Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan
sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.

7. Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang
mungkin akan dibuat tuntutan oleh pihak ketiga.

Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat
dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di
bawah;

1. Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan.
2. Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara
berikut;

1. Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang
terbaik dalam meluluskan proses tuntutan.

2. Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang
terbaik dalam melakukan proses pembaikan.

Hanya jauhari yang mengenal manikam!

syokkkk

syokkkk

Skot13......TANDA TANDA ANAK KITA YANG BIJAK....

Bismillah,

Sapelah yang tanak anak bijak ek? Tapi anak bijak ini dia tidak bijak sendiri. Mereka memerlukan tumpuan khusus daripada ibbapa untuk mengembangkan bakat mereka. Oleh itu, perlulah kita ketahui, kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka . Kalau kita tidak mahu bersabar, ini akan menyebabkan kebijakkan mereka itu akan merudum begitu sahaja. Kadang tu, kecerdikan diorang ni terselindung sbb ibubaoa anggap mereka ini sebagai anak yang pelik. Ingat, anggapan kita mungkin akan menjadi doa.

So, kat sini mari kita sama2 share mcm mana tandanya anak bijak itu :Dari bayi - selepas bbrp hari dilahirkan, dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Ha ha...ini tanda budak bijak okeh, jangan kata anak kecil ini mengada2 takleh nak tinggalkan. But still dia punya masa tidur lebih banyak (walaupun kurang berbanding bayi lain) dari berjaga jadi bersabarlah sementara dia tengah berjaga tu. Ini selalunya berlanjutan sehingga usia dua tahun.Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap - apabila dia pandai bergerak sendiri semua benda akan dicapai dan disentuh. Malah mereka akan jadi mcm James Bond untuk menyiasat apakah benda yang dipegang itu.

Kreatif - perhatikan cara mereka bermain, adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?Menonjolkan bakat kepimpinan - mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersama rakan2 lainCepat memahami - bila kita cakap dia mudah faham, malah bila diminta kita bacakan buku cerita, walaupun tanpa penerangan yang lebih lengkap mereka akan kata "Oooo...."Ingatan tajam - bila diajarkan doa, zikir dan lagu WonderPet mereka akan menghafalnya dengan cepat.

Sikap buruk - nobody is perfect but somebody is prefect . Kadangkala dia cepat membaca tapi bab menulis lambat pula. Jadi mungkin dia akan keliru dengan keadaan ini.Peranan ibubapaMemberi sokongan - selalulah sokong anak anda dalam apa yang dia ingin pelajari setiap hariSabar - owh, memang kena sabar sebab mereka ini kurang tidur dan ada-aja-yang- nak-dibuat- main. Jangan jadi Tarzan macam sayaBeri lain jenis permainan setiap hari - permainan itu barangkali kotak kosong, kertas kosong, kertas surat khabar dan lain-lain, kita mesti lebih kreatif berbanding mereka.

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
YM : samjam1805@yahoo.com Bonzerr57

Bersama Pw AQM Hardy.......

Bersama Pw AQM Hardy.......

skot skot...Entah dimana..........??

skot skot...Entah dimana..........??

Masa Pi Basic Handau 92

Masa Pi Basic Handau 92

Tip IKLAN ADA MASUK RM???? SKOT 13

hai SKOT 13
saya doakan sahabat internet sihat-sihat hendaknya.. juga mudah menjana pendapatan memalui internet...
saya nak bagi sahabat baca satu artikal yang boleh atau mampu memberi sahabat wang secara hampir pasif.. google yang bayar.. sahabat tak perlu risau.. amat rugi kalau ada ilmu yang boleh membantu kita menjana pendapatan, kita biarkan sahaja berlalu..
teruskan membaca sahabat..
Jika anda perlu mendefinisikan diri anda, apakah kategori diri anda?
1) Mereka yang puas dengan apa yang ada
Saya pasti anda bukan yang ini. Jika ya, anda mungkin tidak sesuai untuk menjadi usahawan. Usahawan merupakan seseorang yang mahu berubah, berinovasi, melakukan sesuatu yang kreatif --- lain daripada yang ada sekarang ini.
Jika anda merupakan seorang yang sudah berpuas hati dengan apa yang anda ada sekarang, mungkin anda perlu menimbang semula keputusan anda kedudukan anda sebagai seorang usahawan, walaupun ianya hanya untuk separuh masa sahaja.
2) Mereka yang sering mengembangkan sesuatu yang anda ada
Mungkin anda berasakan bahawa mempunyai lagi satu sumber pendapatan itu hanya menyusahkan, tetapi tidak bagi mereka yang betul-betul mahu menjadi kaya.
Atau mereka yang hanya mahu menjadi lebih kaya.
Panduan AFD ditulis oleh Raja Kamil membolehkan anda menambah sumber pendapatan anda. Ianya ditulis dengan satu misi - memberikan anda sumber penjanaan pendapatan yang baru.
Anda akan mengetahui bagaimana untuk menjana duit dengan Adsense for Domains, dan di dalamnya, anda akan mengetahui teknik black hat dan white hat.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut apa itu Panduan AFD, sila layari
Sekian,

ENGLISH CORNER SKOT 13

Verb ˜To HAVE“ part one

Sebelum ini dalam siri Back To Basic English #9 saya telah menerangkan tentang Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting iaitu Verb TO BE.

Selain dari Verb TO BE, Verb TO HAVE ialah satu lagi Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting. Verb TO HAVE mempunyai banyak fungsi dan antara fungi utamanya ialah untuk menunjukkan pemilikan. Verb TO HAVE juga digunakan untuk pelbagai tujuan dalam bahasa Inggeris. Dalam siri #10 ini saya akan menerangkan penggunaan Verb TO HAVE dari segi bentuk-bentuk ia dan juga penggunaan ia.

Perkataan-perkataan yang terletak bawah Verb TO HAVE ini ialah :-


Verb TO HAVE

Jenis

1.

have

Infinitive / Simple form / Kata dasar

2.

has

Present Tenses – digunakan dengan Singular nouns dan Uncountable nouns.

3.

had

Past Tense – Kala Masa Lepas

4.

having

Present Participle Kala Sedang Berlaku

5.

have been

Past Participle

6.

will have / going to have

Future Tenses – Kala Masa hadapan

Penggunaan Verb TO HAVE di atas ini akan bergantung juga kepada dua faktor iaitu:-

1. Masa Secara amnya MASA kita bahagikan kepada tiga zon masa iaitu :-

i.Present Sekarang dan menggunakan Present Tenses.

ii. Past Sudah lepas dan menggunakan Past Tenses

iii. Future Akan berlaku dan menggunakan Future Tenses

2. Subject Subject merujuk kepada Pembuat Perbuatan atau pelakon utama dalam ayat anda itu. Saya telah kategorikan subject kepada lima jenis iaitu:-

i. I digunakan oleh seseorang yang membahasakan diri beliau dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Pertama

ii. You digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak kedua yang beliau sedang beliau berkomunikasi dalam dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Kedua

iii. Singular – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya satu ( seorang, seekor, satu benda). Ia adalah Kata Ganti Nama Ketiga

iv. Plural digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya lebih daripada satu

v. Uncountable Nouns Nouns yang tidak boleh dikira seperti water, fire, smoke, coffee dan sebagainya. Kamus Oxford Dictionary menyenaraikan nouns2 ini sebagai U iaitu Uncountable.

3. Subject Verb Agreement Ini merujuk kepada apakah jenis2 Verb TO HAVE yang perlu anda gunakan dengan lima Subject yang telah diterangkan sebelum ini.

Subject

Example

Present Tense

Past Tense

Future Tense

I

I

have

had

will have / am going to have

You

You

have

had

will have / are going to have

Plural – Nouns/Pronouns

students

we/they

have

had

will have / are going to have

Singular Nouns/Pronouns

Ali, Garfield, student, Putrajaya

he / she / it

has

had

will have / is going to have

Uncountable Nouns

coffee, tea, sand, water

has

had

will have / is going to have

4. Penggunaan Verb TO HAVE

Berikut adalah Penggunaan Verb TO HAVE secara am:-

1. Untuk menunjukkan pemilikan noun/nouns itu seperti:-

Contoh :-

1. I have a cat. (Guna present tense have sebab ianya menujukkan pemilikan SEKARANG dimana noun/nouns itu masih ada dan masih dimiliki.)

2. I had a cat last year. (Guna Past tense had sebab sebab ianya menujukkan pemilikan DI MASA LEPAS dimana noun/nouns itu sudah tiada dan sudah tidak dimiliki lagi.)

3. I will have a cat tomorrow as my father will buy me one. (Guna Future tense will have sebab ianya menujukkan pemilikan DI MASA AKAN DATANG dimana noun/nouns itu belum ada lagi dan cuma akan dimiliki di masa akan datang)

AWAS!!!

Untuk menunjukkan pemilikan Verb TO HAVE tidak digunakan dalam bentuk Present Participle iaitu Having.

Cth:-

1. I am having a Proton Wira right now. Penggunaan yang salah

2. Aminah is having a house in Puchong. Penggunaan yang salah

3. Shes having my book right now. Penggunaan yang salah

Ketiga-tiga ayat di atas adalah penggunaan yang SALAH kerana Verb to HAVE tidak boleh digunakan dalam bentuk Present Participle walaupun anda ingin menunjukkan pemilikan sekarang.

Oleh itu anda pelu ingat yang untuk Pemilikan Sekarang, anda perlu gunakan Verb to HAVE dalam bentuk Present Tense sahaja iaitu samaada Have atau Has. Untuk menentukan samaada anda perlu gunakan Have atau Has, anda perlu tahu siapa atau apa kah Subject anda dalam ayat anda itu seperti berikut:-

1. I have a Proton Wira right now. Penggunaan yang betul

2. Aminah has a house in Puchong. Penggunaan yang betul

3. She has my book right now. Penggunaan yang betul

AWAS!!! Pengecualian

Walaupun anda membuat ayat dalam bentuk Present tense, jika anda menggunakan TO, anda Cuma boleh gunakan Verb To HAVE dalam bentuk kata dasarnya iaitu HAVE.

1. Ali wants to has a car. Penggunaan yang salah

2. She wants to has some cats at home. Penggunaan yang salah

3. The boy likes to has a dog for a pet. Penggunaan yang salah

1. Ali wants to have a car. Penggunaan yang betul

2. She wants to have some cats at home. Penggunaan yang betul

3. The boy likes to have a dog for a pet. Penggunaan yang betul

entah dimana dia..

entah dimana dia..

TIP RESUME MEMULAKAN PERNIAGAAN

Penyediaan Kandungan Dokumentasi

Bahagian ini merupakan tajuk penting, iaitu anda harus memastikan bahawa kertas kerja dan pelan perniagaan anda mengandungi kesemua tajuk berikut. Segala isi kandungan yang ingin disampaikan terletak di bawah tajuk-tajuk ini. Namun begitu, isi kandungan ini juga tertakluk kepada jenis perniagaan yang ingin diusahakan, jika perniagaan yang ingin dijalankan merupakan perniagaan yang banyak menjurus ke sektor perusahaan, maka tajuk seperti Strategi Pemasaran, Implikasi Kewangan dan Janaan Pendapatan haruslah diberi penekanan. Manakala jika anda bakal mengusahakan perniagaan berbentuk perkhidmatan maka tajuk seperti Situasi Masa Ini, Konsep Pelaksanaan dan Kajian Sasaran dan Persaingan haruslah dititik-beratkan.


1.Ringkasan Eksekutif/Pelan

Merupakan tajuk selaku pembuka tirai bagi kertas kerja anda. Di bawah tajuk ini, ditulis sinopsis atau ringkasan penulisan anda agar pembaca mendapat gambaran menyeluruh tentang perkara yang ingin disampaikan melalui kertas kerja dan pelan perniagaan anda. Ringkasan itu dimulakan dengan memberikan idea serba ringkas tentang objektif dan matlamat kertas kerja dan nyatakan hasil (output) yang diharapkan pada akhir penyampaian pembentangan tersebut. Ringkasan Eksekutif/Pelan ini kebiasaannya tidak terlalu panjang dan hanya perlu disediakan untuk 1 atau 2 muka surat sahaja.
Di sini jugalah anda perlu menyatakan perkara-perkara yang bakal dibentangkan untuk menarik perhatian pembaca atau penilai. Secara psikologi, kita juga kadang-kala akan melihat dahulu tajuk-tajuk menarik sesuatu bahan bacaan sebelum membelinya, bukan? Begitu juga dengan kertas kerja dan pelan perniagaan ini, perlu diperjelaskan agenda-agenda yang akan dibentangkan sebagai faktor psikologi untuk pembaca atau penilai khususnya.
Sebagai contoh di sini diberikan cara Ringkasan Eksekutif/Pelan harus ditulis;
Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan Pusat Cucian Kenderaan xx ini dibangunkan adalah untuk memperlihatkan secara lebih dekat dan terperinci berkenaan perkhidmatan/ servis perniagaan yang dijalankan sebagai satu Panduan Tindakan (guideline) dalam memenuhi matlamat kepuasan pelanggan dan masyarakat setempat khususnya. Dalam Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini juga disertakan pelbagai informasi dan keupayaan Pusat Cucian Kenderaan xx yang merangkumi lapangan seperti yang berikut:

Perkhidmatan yang disediakan – jenis perkhidmatan cucian dan servis yang diusahakan.

Spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju perkhidmatan.

Pelan pemasaran terperinci merangkumi Perniagaan Luar Lanjutan bagi tujuan meningkatkan kuantiti pelanggan dan kaedah promosi.

Prosedur Operasi Kerja (S.O.P) bagi perkhidmat-an yang terdapat di Pusat Cucian Kenderaan xx.

Strategi pelaksanaan yang dapat menunjukkan gambaran keseluruhan strategi perancangan ini.

Diagram Konsep Perkhidmatan (Concept Diagram) Pusat Cucian Kenderaan xx dan Konsep Perkhidmatan Luar (Workflow) yang diusahakan.

Senarai aset dan kos-kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan harian dan jangkaan purata kemasukan bulanan.

Jangka masa pelaksanaan (timeline) yang dicadangkan.
Dengan adanya Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini dapatlah dikenal pasti hala tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang perkhidmatan kepada para pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang minimum bagi memulakan perniagaan ini. Penyediaan kertas kerja ini juga merupakan salah satu syarat utama yang perlu disediakan bagi memohon pinjaman perniagaan seperti yang dikehendaki.
Satu kelebihan jika anda berjaya menyiapkan Ringkasan Eksekutif kerana melalui pendekatan ini, anda sebenarnya telah tahu perkara yang ingin disampaikan melalui kertas kerja perniagaan tersebut. Saya yakin bahawa anda akan berasa selesa untuk meneruskan penulisan kandungan yang seterusnya.

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.